Hari pertama blog ini dicipta dan dirasmikan oleh saya sendiri
Saya Jasmin . Itu nama pendek , nama yang kawan-kawan, keluarga dan orang di sekeliling panggil . Nama panjang Lee Jasmin Suzuki Toyota Mercedes . Apa ? Pelik ? Saya boleh jadi meroyan apabila ada yang kata nama saya pelik . Namun , saya bangga apabila orang kata nama saya unik . Ya, nama saya unik bukan? Hehehe . sila lah muntah dengan sopan santun sekiranya ada yang mula loya . saya sendiri pun pelik mengapa ibu bapa saya berikan nama unik itu
\ yang orang selalu kata pelik itu / kepada saya . Ada unsur-unsur China , Korea , Japan dan jenama kereta lagi di situ . Padahal orang tua saya sah-sah Melayu Tulen seratus peratus . Mereka mahu saya menjadi manusia antarabangsa agaknya . Tak pun , mereka sangat mengidamkan kereta TOYOTA , MERCEDES dan Suzuki . Maklumlah, mereka bnyak bercampur dengan diplomat-diplomat asing . Hmmm ... mujurlah hnya ada tiga unsur bangsa dan jenama kereta pada nama saya . Sekiranya ada unsur-unsur Uganda, Tibet , Timor Lestle dan Swaziland bagaimana ? Bagaimana lah orang mahu menyebutnya nanti .

Sebenarnya itu bukanlah nama asli saya . Namun , bunyi tidak jauh . Unsur tiga bangsa itu tetap menyerlah pada nama asli saya itu . Hanya beberapa huruf vokal dan konsonan saya ubah sedikit . Semua ini saya lakukan demi tidak menonjolkan identiti diri saya yang sebenarnya . Nama watak dan nama panggilan di dalam blog ini pun saya ubah suai sedikit demi melindungi privasi watak-watak itu . Wah, seperti selebriti pula gayanya . Sungguh perasan ! Walau apa pun, saya mahu mengingatkan saya ni seorang yang agak perasan lebih . Ya, siang-siang saya sudah membuat pengakuan . Jadi harap sesiapa yang membaca catatan ini mampu membiasakan diri dengan kegiatan saya yang perasan tak habis-habis ini . Ahak ! Sila maafkan saya .
Usia saya dua belas tahun . Sudah besar bukan ? Pasti ada yang kata , " Baru dua belas tahun . Budak budak lagi " .
Apa? Baru ? Baru dua belas tahun ? Inilah masalah saya . Orang kata dua belas tahun tidak ada apa apa masalah. Masalahnya, saya ada . Ada masalah . Mungkin dalam blog ini perlu diletak tajuk besar , ' Jurnal Saya Bermasalah ' .
Disebabkan masalah inilah saya terpaksa membuat blog khas . Blog khas sebagai ruangan saya meluahkan perasaan, kemudian bermunasabah serta mengkaji sekiranya terdapat sebarang kelainan , kepelikan mahapun keganjilan pada diri saya yang bernama unik ini . Saya harap tiada yang kata saya perempuan gila glamor . Gila glamour ? Mulut siapa yang tergamak meletakkan status yang langsung tidak relevan dengan diri saya itu? Tulis jurnal dalam blog sesuatu glamour ? Oh, sekiranya ya, baru sekarang saya tahu . Ah , apa apa lah . Ada saya kisah ? \ Hakikatnya , saya kisah juga /
Saya membebel-bebel seorang diri di sini, siapa yang mahu baca ? Jadi baik saya buat akiviti lompatan dari satu blog ke satu blog dengan giat, kemudian bertukar tukar link .
Namu bukan sekarang . Abang sudah bising di halaman .
Blog saya warna biru ala ala Sapphire Blue <3
Wahh , selamat datang ke dunia blog awak ;) . Cantik
ReplyDeleteterima kasihh :)
ReplyDeletesame ek,fans suju
ReplyDeletejyeah :)
ReplyDelete